Saturday 1 September 2012

Petikan :Jerebu

Langkah ke dua pengajaran murid-murid diminta petikan dibawah.

Baca dan fahami petikan berikut.
Pencemaran Udara: Jerebu

Jerebu merupakan fenomena atmosfera yang berlaku apabila debu,asap dan zarah pencemaran lain mengaburi kejelasan langit. Fenomena ini biasanya terjadi jika zarah ,debu dan asap terkumpul pada hari kering.Zarah-zarah kecil ini berkumpul pada paras rendah atmosfera dan akan mengaburi pandangan .Jerebu juga boleh menyebabkan masalah pernafasan.
Antara sumber utama berlakunya  jerebu ialah kebakaran hutan ,kebakaran gambut ,pembakaran terbuka serta asap perindustrian dan kenderaan. Pembakaran hutan untuk aktiviti pertanian sering menyumbang kepada berlakunya kejadian pencemaran udara ini. Pembakaran terbuka seperti pembakaran sampah-sarap turut menyumbang kepada fenomena ini. Ini berlaku kerana manusia rakus mengejar keuntungan .  Dilihat dari jauh ( seperti kapal terbang ) jerebu biasanya kelihatan sedikit keperangan. Namun dari dekat ia berwarna putih seperti asap.
Pencemaran udara seperti jerebu ini memberi kesan buruk kepada manusia terutama kepada orang yang mempunyai masalah  pernafasan seperti penyakit lelah. Gejala lain yang diakibatkan oleh jerebu ialah iritasi pada kerongkong  dan mata serta kulit menjadi gatal-gatal. Orang ramai dinasihatkan supaya memakai topeng muka apabila keluar dari rumah serta banyak minum air.Ini dapat memastikan kita semua selamat.
Antara cara untuk menghindar kejadian ini adalah dengan menguatkuasakan undang-undang pencegahan . Selain orang ramai perlu mempunyai rasa tanggungjawab  untuk memelihara alam sekitar. Antara perkara yang boleh dilakukan oleh orang ramai seperti membuang sampah di tempat yang disediakan atau menanam sampah tersebut .Selain itu, orang ramai boleh berkongsi kenderaan ke tempat kerja atau menggunakan pengangkutan awam.Ini akan dapat mengurangkan pelepasan asap kenderaaan.

Kesimpulannya ,penjagaan alam sekitar adalah tanggungjawab kita semua. Alam ini adalah anugerah Tuhan yang amat bernilai dan perlu dipelihara untuk generasi akan datang.Alam sekitar hak kita bersama.

No comments:

Post a Comment