Thursday, 4 October 2012
Langkah 3 : Contoh Ayat Tunggal dan Majmuk
a . Ayat Tunggal
1. Jerebu tebal juga dikenali sebagai asbut.
2. Namun dari dekat ia kelihatan seperti asap putih.
3.Dilihat dari jauh, jerebu kelihatan seperti asap putih.
4.Ini menyebabkan pelepasan asap putih dapat dikurangkan.
b. Ayat Majmuk
1. Fenomena ini biasanya terjadi jika zarah ,debu dan asap terkumpul pada cuaca kering.
2.Orang ramai dinasihatkan memakai topeng muka ketika keluar rumah.
3.Orang ramai boleh berkongsi kenderaan untuk ke tempat kerja atau menaiki kenderaan awam.
4.Orang ramai perlu mempunyai tanggungjawab untuk untuk memelihara alam sekitar .
Punca ,Kesan dan Cara Mengatasi Jerebu
Nama : _________________________________________
Tahun :5 ( )
Jawab soalan
di bawah.
2. Nyatakan
punca berlakunya jerebu.
a.______________________________________________
b.______________________________________________
c.______________________________________________
3.Apakah
kesan pencemaran udara (jerebu) kepada manusia?
1.___________________________________
2._______________________________________
3.________________________________________
4.
Bagaimanakah cara mengatasi masalah jerebu ?
a.___________________________________________
b.___________________________________________
Sunday, 9 September 2012
Rancangan Pelajaran Harian
Tahun : 5 Anggerik
Tarikh /Masa : 4 Mac
2012 / 10.45- 11.45 pagi
Bilangan Murid : 42 orang
Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
Tajuk : Jerebu
Fokus Utama : 8.2 Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat
majmuk dalam sesuatu penulisan teks
tentang sesuatu tajuk.
Aras : Aras 1
i.Membina
ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan tajuk.
Fokus Sampingan : 5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat
dengan sebutan dan
intonasi yang betul dan memahami perkara
yang dibaca.
Aras : Aras 1
i. Membaca perkataan ,rangkai kata ,ayat
tunggal dan ayat
majmuk
dengan sebutan dan intonasi yang betul.
ii.
Memahami perkataan,rangkai kata dan ayat
yang dibaca.
Objektif : Pada akhir pelajaran murid-murid
dapat:
i.
Membina 4 ayat tunggal dan 5 ayat majmuk dengan
perkataan yang diberi.
ii.
Mengecam dan membaca ayat tunggal dan
ayat majmuk
yang terdapat dalam petikan.
Kemahiran Bahasa : i.
Tulisan
ii.
Bacaan
iii.
Lisan
Sistem Bahasa : i. Tatabahasa
ii.Kata
Kerja
Pengisian Kurikulum : i. Ilmu
:Pendidikan Islam dan Moral
ii. Nilai Murni
:kasih sayang,hormat-menghormati
iii. Peraturan sosiobudaya :Menghormati hak orang
lain.
Kemahiran Bernilai : Kecerdasan Pelbagai,Kemahiran Belajar Cara
Belajar,
Tambah Kontekstual
Bahan Bantu : Kad petikan,lembaran kerja,klip video
Mengajar
Pengetahuan Sedia : Murid-murid pernah membaca berita jerebu di dada akhbar atau
Ada menonton berita di televisyen.
Set Induksi
Masa :5 minit
Aktiviti :
1.Guru menayangkan klip video tentang perbualan mengenai jerebu dan
puncanya
2.Guru dan murid bersoal jawab mengenai klip video tersebut.
3.Guru menerangkan bahaya banyak kemusnahan dunia berpunca daripada tangan
manusia.
BBM :
Klip video, LCD Projektor
Langkah 1
Masa : 15 minit
Aktiviti : Membaca Petikan
1)Guru mengedarkan petikan bertajuk
“Jerebu ” kepada semua murid dan meminta murid-murid membaca secara senyap.
2) Guru meminta seorang murid membaca
teks “ Jerebu ” dengan kuat.
C. Murid-murid lain dikehendaki
mendengar dengan teliti dan memahami cerita tersebut.
|
D.Guru dan murid bersoal jawab tentang petikan yang dibaca.
BBM
1.Kad Petikan
KBCB:
-Mendengar dengan cekap
- Bacaan mentalis
|
-Bacaan mekanis
Langkah 2
Masa : 10 minit
Aktiviti : Menyenarai punca
jerebu dan kesannya kepada manusia
Langkah pengajaran :
a) Guru mengedarkan kad tugasan kepada murid-murid
b) Murid-murid secara individu mencari punca dan kesan jerebu berdasarkan
petikan yang telah dibaca.
c) Murid-murid dipilih secara rawak untuk membacakan jawapan mereka.
d)Murid-murid yang dapat menjawab soalan dengan betul akan diberi hadiah
manakala pelajar yang gagal menjawab akan dibetulkan kesalahan itu serta merta.
BBM :
1.Kad petikan
2. Kad tugasan
2. Kad tugasan
Langkah 3
Masa : 15 minit
Aktiviti : Mengecam ayat tunggal dan
ayat majmuk daripada petikan
Langkah Pembelajaran :
a.Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan.
b.Guru memberi penerangan kepada murid-murid tentang tugasan yang
diberikan
d. Guru meminta setiap kumpulan melantik seorang
ketua,penctat dan pembentang.
e.Murid-murid berbincang dalam kumpulan dan pencatat mencatat ayat-ayat yang diperoleh pada kertas yang disediakan. |
c.Guru meminta murid-murid berbincang untuk mencari 4 ayat tunggal dan 4
ayat majmuk daripada petikan yang dibaca.
f.Murid membentang hasil tugasan mereka di hadapan kelas.
Aktiviti bahasa : sumbang saran
Langkah 4
Masa : 15 minit
Aktiviti : Membina 4 ayat tunggal dan 4 ayat
majmuk
Langkah Pengajaran:
1. Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid-murid .
2. Murid-murid diminta
untuk membina ayat berdasarkan perkataan yang diberi
3.Guru membantu
murid-murid dengan menyenaraikan kata hubung yang boleh boleh digunakan oleh
mereka untuk membina ayat majmuk.
4. Murid menyerahkan
lembaran kerja yang telah disudahkan.
Langkah 5
Masa :5 minit
Aktiviti : Penutup
Langkah Pembelajaran :
1.Guru menayangkan klip
video nyanyian bertajuk “Hijau”
2.Guru meminta
murid-murid menyanyikan lagu tersebut bersama-sama.
BBM :
1.klip video
2.LCD Projektor
TKP :Kinestetik , muzik
Saturday, 1 September 2012
Petikan :Jerebu
Langkah ke dua pengajaran murid-murid diminta petikan dibawah.
Baca dan fahami petikan berikut.
Pencemaran Udara: Jerebu
Jerebu merupakan fenomena atmosfera yang berlaku apabila debu,asap dan zarah pencemaran lain mengaburi kejelasan langit. Fenomena ini biasanya terjadi jika zarah ,debu dan asap terkumpul pada hari kering.Zarah-zarah kecil ini berkumpul pada paras rendah atmosfera dan akan mengaburi pandangan .Jerebu juga boleh menyebabkan masalah pernafasan.
Antara sumber utama berlakunya jerebu ialah kebakaran hutan ,kebakaran gambut ,pembakaran terbuka serta asap perindustrian dan kenderaan. Pembakaran hutan untuk aktiviti pertanian sering menyumbang kepada berlakunya kejadian pencemaran udara ini. Pembakaran terbuka seperti pembakaran sampah-sarap turut menyumbang kepada fenomena ini. Ini berlaku kerana manusia rakus mengejar keuntungan . Dilihat dari jauh ( seperti kapal terbang ) jerebu biasanya kelihatan sedikit keperangan. Namun dari dekat ia berwarna putih seperti asap.
Pencemaran udara seperti jerebu ini memberi kesan buruk kepada manusia terutama kepada orang yang mempunyai masalah pernafasan seperti penyakit lelah. Gejala lain yang diakibatkan oleh jerebu ialah iritasi pada kerongkong dan mata serta kulit menjadi gatal-gatal. Orang ramai dinasihatkan supaya memakai topeng muka apabila keluar dari rumah serta banyak minum air.Ini dapat memastikan kita semua selamat.
Antara cara untuk menghindar kejadian ini adalah dengan menguatkuasakan undang-undang pencegahan . Selain orang ramai perlu mempunyai rasa tanggungjawab untuk memelihara alam sekitar. Antara perkara yang boleh dilakukan oleh orang ramai seperti membuang sampah di tempat yang disediakan atau menanam sampah tersebut .Selain itu, orang ramai boleh berkongsi kenderaan ke tempat kerja atau menggunakan pengangkutan awam.Ini akan dapat mengurangkan pelepasan asap kenderaaan.
Kesimpulannya ,penjagaan alam sekitar adalah tanggungjawab kita semua. Alam ini adalah anugerah Tuhan yang amat bernilai dan perlu dipelihara untuk generasi akan datang.Alam sekitar hak kita bersama.
Subscribe to:
Posts (Atom)